Thursday, October 1, 2009

my post in the native language

Reika nk cakap melayu la pulak……huhu. Hmmm, bile sembang ngan kawan2 perempuan nie..byk la benda kitorang nk kongsi….tapi reika suka…sebab selalunya bile sembang2 ngan diorang nie..mesti ada benda bermanfaat dan ilmu baru reika dapat…ilmu berguna la…alahai…bukan benda yang bukan2…bagi reika la…bagus jugak bile sembang cmni…macam wat usrah jer…tapi bukan secara formal la…bincang ilmu berguna…diskusi agama…membuatkan diri nie banyak fikir…banyak merenung persekitaran hidup sekarang nie…..camtu laa..hah, tau tak usrah tue apa?? Usrah tue…..maksud bahasa arab, keluarga….secara konteksnya, usrah itu perbincangan ilmiah, isu semasa, agama dll dalam satu kumpulan kecil..diketuai seorang ketua.


Nk buat usrah nie kat mana2 pon boleh…bukan kat surau jer….kt bilik pon boleh…benda nie, bukan susah pon, bila kita mula diskusi sesuatu yang berguna, berilmiah, kemusykilan atau pandangan dalam agama ke…secara automatic kira usrah la tue..tapi dalam hati, niatlah..perbincangan tue, niat lillahi taala…dh dapat pahala..malaikat pon datang dekat…memayungi ahli2 kt situ…..mudah kn??bukan suma kawan reika sahabat surau…selalu turun surau…(reika pon dh lama tak turun…isk3x…insaf lah..wahai atikah)….walaupun cmtue..yang bestnya, kitorang kat bilik solat jemaah ….selalunya sekali sehari… paling kurang pon, seminggu sekali…kira okay la tue kn…walaupun tk turun surau, solat masih berjemaah…lebih baik dari tak buat langsung…(reika tau mesti ada cakap2 belakang tak puas hati sebab tak turun surau, tapi reika cakap apa yang reika buat, kalau tak pergi, reika cakap tak pergi, nk turun surau bukan sebab kita ahli surau..niat kena elok, baru rasa tenang duduk kt surau..bukan paksa2, okay!)..haaa…bukan jer makan sekali..sembang sekali..solat pun kena sama2( walaupun tak selalu, sekurang2nya buat jgak)….kat bilik, hari2 ada orang baca Quran, walaupun bukan orang yang sama… itu kemahuan sendiri la…cara kita nk menggalakkan orang baca quran…hah, selalu la baca kat bilik..mana tahu, satu hari dia tetiba tergerak k baca…terasa dh lama hidup jauh dari Quran..btl tk?? Kuasa Allah…mana kita tahu..hmmm…..


Setiap kali kitorang bincang+sembang2 masalah ker..bab2 agama ker..rasa seronok yg teramat sangat..sebab kitorang minat bincang benda2 nie…kongsi la suma yang patut…jadi, rasa syukur la..sebab tau, Allah tue sayang sgt kt kitorang, Dia bukak pintu hati …sebab tue Dia tempatkan reika ngan kawan2 yang suka mendalami agamanya…bukan la nk kata sumanya alim sgt..reika pon tau diri reika cmne…..masih banyak yang kurang…kita sedar siapa kita, di mana tahap kita…tapi, kesedaran agama tue ada……hati tue masih terbuka untukterus mengenali Maha Pencipta, memperbaiki diri supaya menjadi lebihbaik..ey, bukan senang tau nk cari kawan yang suka bincang pasal islam..isu2 kawan2 seagama…orang sekarang lebih suka mengelak dari bincang isu2 nie…mengatakan ianya sensitive…masing2 sendiri tahu la...gitu la lebih kurang….hmmmm. kawan2 perempuan kt sini…kira okay la…sederhana..tahu la..halal haram…wajib..haram…jaga diri..jadi..macam nie sekali pon reika rasa bersyukur sangat….sebab kebanyakan mereka bukanlah jenis ‘ignorant ‘…..yang penting solat tak tinggal ek..huhu..tue jer…post tuk kali ini….(~_^)


Segala puji bagi Tuhan semesta alam………
Ya tuhanku…tempatkan lah aku di tempat terbaik……
Bersama-sama orang terbaik………
Pada masa terbaik………
Satukanlah hati-hati ini supaya teguh di bawah naungan petunjuk-Mu
Satukan lah jiwa-jiwa ini agar sentiasa berkasih-sayang…ikhlas kerana-Mu
Jauhkan lah diri kami dari belenggu kemaksiatan dan kemungkaran yg mengundang kemurkaan-MU
Janganlah Kau jadikan pengakhiran hidup kami dalam agama selain dari agama-Mu
AMIN>>>>>>>>>>>>>

2 comments:

watip said...

jeghui.blogspot.com try this blog.just for general knowledge ok la.

Reika said...

okay dear....thanks...h0h0